Warga Yaman terperangkap dalam kondo terbakar
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Yaman yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah kondominium di Setapak diselamatkan pasukan bomba malam tadi.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Pegawai Bomba Kanan II, Shamsul Bahri Hashim berkata, dalam kejadian jam 12. 12 tengah malam itu, mangsa Ahmed Redha Ahmed Mohaid, 30-an dibawa keluar melalui pintu utama.
"Mangsa yang berstatus pelajar terperangkap dalam sebuah bilik berhampiran dapur dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kebakaran berlaku di bahagian ruang tamu rumah mengakibatkan kemusnahan 50 peratus," katanya.
Menurutnya, punca kebakaran masih siasatan forensik bomba dan seramai 16 anggota dari BBP Setapak dan BBP Wangsa Maju terlibat dalam operasi itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!