Pesawat tentera Chile bawa 38 orang hilang
BOGOTA - Sebuah pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Chile (FACh) dilaporkan hilang dengan 38 individu di atas kapal.
Menurut FACh dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, pesawat tersebut berlepas dari pangkalan udara Chabunco di Punta Arenas dekat selatan negara itu pada jam 4.55 petang (waktu tempatan) dan terputus hubungan pada jam 6.13 petang.
Difahamkan, pesawat berkenaan sedang dalam perjalanan ke Presidente Eduardo Frei Montalva Base, pangkalan Antartika paling penting di Chile dan membawa 17 anak kapal serta 21 penumpang.
"Pesawat itu menjalankan tugas sokongan logistik, memindahkan kakitangan yang dihantar untuk menyemak semula saluran paip bekalan bahan api terapung di pangkalan dan untuk melaksanakan rawatan antikorrosif di kemudahan negara di kawasan terbabit," menurut kenyataan itu.
FACh turut memberitahu status amaran diisytiharkan dan pesawat yang berpusat di kawasan berkenaan sudah diaktifkan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!