White Island meletus: Lapan mangsa hilang dianggap terkorban

Ardern ketika sidang media di Whakatane hari ini. - Foto Agensi
Ardern ketika sidang media di Whakatane hari ini. - Foto Agensi
A
A
A

WHAKATANE - Seramai lapan orang yang dilaporkan hilang dianggap terkorban selepas letusan gunung berapi White Island menyelubungi pulau kecil di New Zealand dengan debu dan wap panas.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, pesawat peninjau tidak menunjukkan sebarang tanda kehidupan di White Island.

"Skala tragedi ini sangat dahsyat. Sekurang-kurangnya lima orang maut dengan 30 lagi cedera.," katanya.

Menurut Ardern, pelancong dari Amerika Syarikat (AS), Britain, China dan Malaysia adalah antara mangsa yang terkorban.

"Kepada mereka yang kehilangan rakan atau ahli keluarga, kami berkongsi kesedihan anda dan takziah diucapkan," katanya pada satu sidang akhbar di bandar Whakatane kira-kira 50km dari White Island hari ini. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!