Paul Yong teruskan tugas Exco, kata MB Perak

 Ahmad Faizal
Ahmad Faizal
A
A
A

IPOH - Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal-Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong akan meneruskan tugas seperti biasa.

Keputusan kembali bertugas sebelum ini tetap diteruskan walaupun Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan untuk perbicaraan tersebut dipindahkan daripada Mahkamah Sesyen Ipoh.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Paul Yong tidak akan bercuti daripada tugasnya sebagai Exco kerajaan negeri.

"Ya, dia bertugas, tidak bercuti," katanya ringkas selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Bil 1/2019 di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Pada 26 November lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Paul Yong untuk memindahkan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang dihadapinya ke mahkamah itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!