Penjawat awam Perlis dapat bonus RM600

Azlan
Azlan
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM600 kepada semua penjawat awam negeri itu dari gred 1 hingga 54.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, golongan pesara kerajaan negeri pula akan menerima bayaran sebanyak RM300.

Menurutnya, selain itu golongan pesara yang dilantik semula oleh kerajaan negeri secara Contract Of Service (COS) akan menerima RM350 sebagai tambahan ke atas RM250 yang dibayar oleh kerajaan Pusat.

"Bantuan ini juga akan turut dinikmati oleh kakitangan COS peringkat negeri," katanya ketika berucap membentangkan Belanjawan Perlis 2020 di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Azlan berkata, anggaran kewangan bagi pembayaran ini adalah hampir RM698,000.

Katanya, pembayaran bantuan itu akan dibuat pada 18 Disember depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!