JKEC 2019 kembali cabar mental, fizikal peserta

Para peserta JKEC bersiap sedia memulakan kayuhan pada perlumbaan tahun lalu di Dataran Kampung Puom, Jelebu.
Para peserta JKEC bersiap sedia memulakan kayuhan pada perlumbaan tahun lalu di Dataran Kampung Puom, Jelebu.
A
A
A

JELEBU Kayak Eko Challenge (JKEC) 2019 kembali menemui para peminat kayak pada Sabtu ini.

Perlumbaan sejauh 30 kilometer itu bermula di Dataran Kampung Puom, Jelebu dan tamat di Dataran Kenaboi Empangan Sungai Buloh, Jelebu.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Nurul Huda Musa berkata, sebanyak dua kategori acara dipertandingkan iaitu terbuka dan institusi pengajian tinggi (IPT).

Katanya, kategori terbuka menawarkan hadiah RM3,000 kepada juara, RM2,000 (naib juara) dan RM1,200 (tempat ketiga).

Para peserta JKEC memulakan kayuhan pada perlumbaan tahun lalu di Dataran Kampung Puom, Jelebu.
Para peserta JKEC memulakan kayuhan pada perlumbaan tahun lalu di Dataran Kampung Puom, Jelebu.

"Pemenang kategori IPT akan membawa pulang RM2,000, RM1,400 (tempat kedua) dan RM1,000 (tempat ketiga).

"Semua peserta juga layak menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai RM5,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pertandingan itu turut dimeriahkan dengan acara sampingan seperti Explorace Jelebu, karaoke terbuka dan persembahan khas oleh penyanyi dangdut, Shikin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!