Ejen pengurusan mayat dibunuh, dicampak tepi jalan

Mayat lelaki dengan kesan tetak di kepala di tepi jalan ke tempat pembenihan anak Ikan Kg Kilang Baru, di sini, hari ini.
Mayat lelaki dengan kesan tetak di kepala di tepi jalan ke tempat pembenihan anak Ikan Kg Kilang Baru, di sini, hari ini.
A
A
A

KULIM - [DIKEMASKINI] Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala ditemui di tepi jalan berhampiran kawasan pembenihan anak Ikan Kg Kilang Baru hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner, Sapii Ahmad berkata, polis menerima panggilan dari orang awam berhubung penemuan mayat terbabit kira-kira jam 7.30 pagi dan dimaklumkan.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki terbabit berusia 36 tahun dan dipercayai berasal dari Kulim dan bekerja sebagai ejen pengurusan mayat.

"Mayatnya ditemui dalam keadaan berpakaian baju-T dan hanya berseluar dalam 'boxer'. Mangsa dipercayai dibunuh kira-kira empat jam sebelum dicampak di lokasi itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kali terakhir dilihat kira-kira jam 9 malam tadi di kawasan kedai runcit di Paya Besar, Lunas ketika sedang membeli minuman keras.

Sapii berkata, mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat dan polis sedang berusaha mengenal pasti suspek dan motif pembunuhan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!