Letusan White Island: PM New Zealand gesa jawapan segera

Ardern (kanan) pada sidang akhbar di Whakatane hari ini. - Foto: AFP
Ardern (kanan) pada sidang akhbar di Whakatane hari ini. - Foto: AFP
A
A
A

WHAKATANE - Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern menegaskan terdapat beberapa soalan perlu perlu ditanya susulan letusan gunung berapi White Island yang meragut sekurang-kurangnya 14 nyawa.

Pada awalnya, polis mengumumkan kertas siasatan jenayah akan dibuka namun ia kemudiannya disemak semula dan memaklumkan masih terlalu awal untuk membuat keputusan seperti itu.

"Kita tahu akan ada banyak soalan berhubung tragedi ini. Ia perlu ditanya dan pihak bertanggungjawab mesti beri jawapan," kata Ardern.

Minggu lalu, paras ancaman di gunung berapi itu telah dinaikkan daripada satu menjadi dua sekali gus membawa kepada soalan mengapa kumpulan pelancong masih dibenarkan melawat pulau berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: White Island meletus: Lapan mangsa hilang dianggap terkorban

Hari ini, New Zealand turut mengesahkan lapan orang yang dilaporkan hilang dianggap terkorban selepas letusan gunung berapi menyelubungi pulau kecil di negara itu.

Menurut Ardern, pesawat peninjau tidak menunjukkan sebarang tanda kehidupan di White Island.

"Skala tragedi ini sangat dahsyat. Kepada mereka yang kehilangan rakan atau ahli keluarga, kami berkongsi kesedihan anda dan takziah diucapkan," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!