Badut rogol gadis dipenjara 14 tahun
HULL - Seorang penghibur kanak-kanak di England yang mendapat jolokan 'Bobby Bubbles' dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah merogol seorang gadis.
Robert Jamieson, 49, yang melakukan perbuatan terkutuk ketika gadis tersebut berusia 13 tahun itu turut disabitkan atas 10 kesalahan amang seksual berasingan.
Memetik laporan Dialy Star, Jamieson atau lebih mudah dikenali sebagai badut dilabelkan berbahaya oleh hakim di Makhamah Sheffield Crown, Hull, di sini.
Pelakuan Jamieson dibongkar mangsa yang juga seorang ibu muda dan berharap lelaki itu mendapat balasan setimpal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!