Herman Tino buat kemunculan semula tahun depan

Herman Tino
Herman Tino
A
A
A

Penyanyi era 1980-an, Herman Tino akan membuat kemunculan semula dalam industri nyanyian pada tahun hadapan.

Katanya, kemunculan semula pada tahun 2020 bertujuan memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mengenali penyanyi lama yang pernah terkenal pada suatu ketika dahulu.

"Saya teringin nak menjadi penyanyi semula kerana melalui kemunculan ini orang akan mengetahui kembali sejarah-sejarah saya terdahulu.

"Bila dah tua tiada penghormatan walaupun pernah berjasa dahulu, cara ini dapat membuat orang mengenali saya semula," katanya ketika ditemui oleh Sinar Harian di sini hari ini.

Herman berkata, keinginan untuk menjadi artis semula dengan membawa lagu berkonsepkan ketuhanan merupakan satu perjuangan dalam bidang nyanyian.

"Saya mahu pikat hati generasi muda dan lama dengan lagu yang lebih berkualiti dan mempunyai kelainan dalam arena muzik," katanya.

Tambahnya lagi, menjadi penyanyi semula memerlukan pembaharuan dari segi cara nyanyian dan lagu yang akan disampaikan kepada para peminat.

"Saya amat berharap ALLAH kurniakan idea-idea baru dalam bidang ini sekali gus dapat menempatkan diri seiring artis baharu pada tahun 2020," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!