JDT berdepan dua bekas juara pada saingan ACL 2020

JDT mencipta sejarah sebagai kelab pertama dari Malaysia layak secara automatik ke peringkat kumpulan ACL musim ini dan menamatkan saingan di tangga tercorot dengan empat mata selepas menang sekali dengan Kashima Antlers dari Jepun, satu seri dan empat kalah.

A
A
A

JUARA Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berdepan dengan dua bekas jaguh Liga Juara-Juara Asia (ACL), Guangzhou Evergrande dan Suwon Samsung Bluewings pada saingan peringkat kumpulan ACL musim 2020.

Ketiga-tiga pasukan itu diundi dalam Kumpulan G bersama satu lagi pasukan dari Jepun yang akan ditentukan selepas final Piala Maharaja Jepun 2019 pada 1 Januari depan.

Saingan separuh akhir Piala Maharaja Jepun 2019 akan berlangsung pada 21 Disember ini antara Vissel Kobe menentang Shimzu S-Pulse dan Kashima Antlers berdepan V-Varen Nagasaki.

Guangzhou Evergrande dari China di bawah bimbingan legenda Itali, Fabio Cannavaro menjadi juara ACL pada 2013 dan 2015 manakala Suwon Samsung Bluewings dari Korea Selatan pada 2001 dan 2002.

Undian berlangsung di Rumah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di sini hari ini.

JDT mencipta sejarah sebagai kelab pertama dari Malaysia layak secara automatik ke peringkat kumpulan ACL musim ini dan menamatkan saingan di tangga tercorot dengan empat mata selepas menang sekali dengan Kashima Antlers dari Jepun, satu seri dan empat kalah.

“Bagi kami, semua pasukan lawan adalah sukar kerana tahap mereka adalah tinggi. Justeru, kami perlu menilai pasukan lawan dan perlu bersedia berdepan dengan corak permainan mereka," kata pengurusan pasukan JDT, Luciano Figueroa, selepas majlis pengundian itu.

Dalam pada itu, satu lagi wakil kelab dari Malaysia, Kedah, akan menentang kelab Hong Kong, Tai Po pada aksi kelayakan play-off dan jika menang akan berdepan dengan kelab Korea Selatan, FC Seoul.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan perlawanan play-off itu akan memberikan tempat dalam Kumpulan E bersama Beijing FC, Chiangrai United dan satu lagi pemenang play-off.

Sementara itu, juara musim ini, Al Hilal FC dari Arab saudi berada dalam Kumpulan B bersama-sama dengan wakil Emeriah Arab Bersatu (UAE), Shabab Al Ahli Dubai FC, FC Pakhtakor Tashkent (Uzbekistan) dan pemenang play-off zon Barat.

Kumpulan ACL 2020:

Kumpulan A: Al-Wahda FC (UAE), Al-Shorta (IRQ), ( 2 pemenang Play-off)

Kumpulan B: Al Hilal (KSA), Shabab Al Ahli Dubai FC (UAE), Pakhtakor (UZB), Play-off

Kumpulan C: Al Duhail (QAT), Al Taawoun (KSA), Sharjah FC (UAE), Persepolis FC (IRN)

Kumpulan D: Sepahan FC (IRN), Al Sadd (QAT), Al Nassr (KSA), Play-off

Kumpulan E: Beijing FC (CHN), Chiangrai Unite (THA), ( 2 pemenang Play-off)

Kumpulan F: Ulsan Hyundai FC (KOR), Shanghai Shenhua FC (CHN), Perth Glory FC (AUS), Play-off

Kumpulan G: Juara Piala Maharaja Jepun, Suwon Samsung Bluewings (KOR), Guangzhou Evergrande FC (CHN), JDT (MAS).

Kumpulan H: Sydney FC (AUS), Yokohama F Marinos (JPN), Jeonbuk Hyundai Motors (KOR), Play-ogg. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!