Susukan anak ketika rehat separuh masa pertama
AIZAWL - Foto seorang pemain bola tampar sedang menyusu anaknya ketika berehat pada separuh masa pertama yang tular di laman sosial mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Lalventluangi, pemain bola tampar dari pasukan pasukan Tuikum di Mizoram, India berbuat demikian pada separuh masa pertama acara sukan negeri Mizoram 2019.
Foto itu dimuat naik di Facebook Ninglun Hanghal ketika hari pertama acara itu berlangsung di Aizawl di sini.
"Pemain sempat mencuri masa ketika berehat untuk menyusukan bayinya berusia 7 bulan," katanya.
Menurutnya, foto itu tular di laman sosial dan rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemain itu kerana sikap dedikasinya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan seorang pemain negeri.
Kata Hanghal, foto Lalventluangi menyusukan bayinya juga mendapat perhatian menteri sukan negeri dan menyampaikan sumbangan 10,000 Rupee (RM587).
Menteri Sukan Mizoram, Robert Romawia Royte memberi sumbangan itu sebagai tanda penghargaan di atas kegigihan pemain membahagikan masa untuk bersukan dan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Difahamkan, sukan negeri Mizoram 2019 diadakan bermula 9 hingga 13 Disember dan bandar Aizawl sebagai tuan rumah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!