Penerbangan sulung pesawat komersial elektrik pertama dunia

McDougall menerbangkan pesawat komersial elektrik pertama di dunia dari Vancouver, Kanada. - Foto AFP
McDougall menerbangkan pesawat komersial elektrik pertama di dunia dari Vancouver, Kanada. - Foto AFP
A
A
A

OTTAWA - Pesawat komersial elektrik pertama di dunia melakukan ujian penerbangan sulungnya semalam dan berlepas dari bandar Vancouver, Kanada.

Dengan menggunakan pesawat tersebut, syarikat penerbangan diharap dapat menghentikan pelepasan pencemaran satu hari nanti.

"Ini membuktikan bahawa penerbangan komersial dalam bentuk elektrik boleh berfungsi," menurut Roei Ganzarski, Ketua Pegawai Eksekutif MagniX, firma kejuruteraan berpangkalan di Seattle.

Syarikat itu mereka bentuk motor pesawat dan bekerjasama dengan Harbour Air, yang membawa setengah juta penumpang setahun antara Vancouver, resort ski Whistler, pulau berhampiran dan komuniti pesisir.

Ganzarski berkata, teknologi bermakna penjimatan kos yang signifikan bagi syarikat penerbangan.

"Ia menandakan permulaan era baharu penerbangan elektrik," katanya.

Pesawat laut DHC-2 de Havilland Beaver dengan enam tempat duduk berusia 62 tahun yang ditukar dengan motor elektrik itu telah diterbangkan oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Harbour Air, Greg McDougall.

Bagaimanapun, Harbour Air perlu menunggu sekurang-kurangnya dua tahun sebelum ia boleh menukar lebih 40 pesawat laut miliknya kepada elektrik. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!