Inter tak menyesal

Reaksi pemain dan pengendali Inter, Antonio Conte selepas tewas kepada Barcelona. - Foto EPA
Reaksi pemain dan pengendali Inter, Antonio Conte selepas tewas kepada Barcelona. - Foto EPA
A
A
A

TIADA nada kekesalan dizahirkan Inter Milan biarpun kelab dari Itali itu gagal meneruskan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Barcelona 1-2 di Giuseppe Meazza, awal pagi tadi.

Pertahanan tengah Inter, Stefan de Vrij menegaskan Nerazzurri telah melakukan yang terbaik selain berdepan cabaran sukar berada dalam kumpulan yang turut dihuni Barcelona dan Borrusia Dortmund.

"Memang sedih kerana kami tersingkir tetapi kami tidak kecewa kerana kami telah buat yang terbaik dan berjaya mencipta banyak peluang dalam perlawanan ini.

"Tidak ada gunanya melihat ke belakang lagi kerana semuanya sudah selesai. Kami harus fokus kerana banyak lagi perlawanan yang kami perlu harungi terutama dalam saingan liga," katanya.

Dalam perlawanan itu, Carles Perez membuka tirai jaringan buat Barcelona pada minit ke-23 sebelum Romelu Lukaku menyamakan kedudukan di penghujung babak pertama.

Bermula babak kedua, Inter cuba mengandakan asakan untuk mencari gol kedua, namun Barcelona lebih bertuah apabila berjaya memperoleh jaringan kemenangan menerusi Ansu Fati di minit ke-86.

"Kekalahan seharusnya membuatkan kami lebih kuat dan itu akan menjadikan kami lebih bersemangat untuk bangkit dan mencuba lagi musim depan," katanya.

Kekalahan tersebut menyaksikan Inter mengakhiri kempen kumpulan F di kedudukan ketiga dengan tujuh mata di bawah Dortmund dan Barcelona.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!