[VIDEO] 'Saya tolong Paksu sebab kasihan'

Tangkapan layar yang memaparkan Marzuki dan Danial saling berpelukan yang sebak setelah Azfar membeli makanan dan memberikan sumbangan kepada mereka.
Tangkapan layar yang memaparkan Marzuki dan Danial saling berpelukan yang sebak setelah Azfar membeli makanan dan memberikan sumbangan kepada mereka.
A
A
A

BUKIT JAMBUL - Video yang memaparkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) bersama seorang kanak-kanak menjual makanan ringan di sekitar Kompleks Bukit Jambul mengundang sebak warganet.

Video yang dimuat naik oleh seorang YouTuber, Azfar Badrul menunjukkan seorang lelaki dikenali Marzuki, 49, yang berkerusi roda ditolak anak saudaranya, Danial Jauhari, 12, menjual makanan ringan dan minuman.

Danial berkata, dia membantu bapa saudaranya yang dipanggil Paksu berniaga makanan ringan setiap Khamis hingga Ahad.

“Kami berniaga sekitar jam 5.30 petang sehingga jam 10 malam. Saya akan bantu Paksu selepas saya habis sekolah. Kalau cuti sekolah saya akan tolong Paksu lebih awal lagi.

“Saya tolong Paksu saya sebab saya kesiankan Paksu sebab dengan duit jualan inilah Paksu buat belanja,” katanya.

Dalam pada itu, Azfar membeli kesemua barang jualan Marzuki dan turut menghulurkan sumbangan daripada orang ramai.

Antara reaksi netizen yang tersentuh dan bermuhasabah mengenangkan kehidupan masing-masing serta mendoakan agar Marzuki dan Danial sentiasa dimurahkan rezeki.
Antara reaksi netizen yang tersentuh dan bermuhasabah mengenangkan kehidupan masing-masing serta mendoakan agar Marzuki dan Danial sentiasa dimurahkan rezeki.

Perkongsian video itu tular di media sosial yang meraih 190,435 tontonan.

Artikel Berkaitan:

Warganet juga turut mendoakan agar Marzuki dan Danial sentiasa dimurahkan rezeki.

Tangkapan layar yang memaparkan Marzuki dan Danial yang sebak setelah Azfar membeli semua makanannya dan menghulurkan sumbangan kepada mereka berdua.
Tangkapan layar yang memaparkan Marzuki dan Danial yang sebak setelah Azfar membeli semua makanannya dan menghulurkan sumbangan kepada mereka berdua.

“Semoga adik Daniel Johari ada rezeki dan semoga Paksunya sihat sejahtera. Saya sedih tengok video ini, darjah 6 pun sudah tolong orang meniaga. Amin,” tulis Ayoub Uqail di ruangan komen di Youtube.

Aishah Petre pula memberitahu,”Salam dari United Kingdom. Masya-ALLAH, sangat sedih dan terharu, tidak dapat menahan air mata. Semoga anak Danial Jauhari diberkati ALLAH, cemerlang di sekolah dan berjaya dan dimurahkan rezeki. Insya-ALLAH, semoga Azfar sekeluarga dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!