Hati-hati produk tiruan

KPDNHEP Pulau Pinang rampas produk minuman kesihatan wanita disyaki tiruan

Ching Chung menunjukkan minuman kesihatan wanita jenama Harum Malam disyaki tiruan yang dirampas dalam serbuan petang semalam.
Ching Chung menunjukkan minuman kesihatan wanita jenama Harum Malam disyaki tiruan yang dirampas dalam serbuan petang semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Nampak serupa tapi tiruan. Itu yang dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang terhadap produk minuman kesihatan wanita tiruan yang dijual di dua buah kedai di Kompleks Beli-Belah Bukit Jambul di sini petang semalam.

Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang, Chin Ching Chung berkata, serbuan jam 2 petang oleh sembilan anggota penguat kuasa ekoran laporan yang dibuat oleh pemilik cap dagang minuman terbabit yang mendakwa lima pelanggannya mengalami muntah, mual dan sakit perut akibat minum produk berkenaan yang dibeli Ahad lalu.

Menurutnya, pemilik cap dagangan produk itu menerima aduan berkenaan melalui laman sosial sehingga menyebabkan nama baik syarikatnya terjejas.

"Dalam serbuan itu, kita merampas 57 botol minuman kesihatan wanita jenama Harum Malam yang disyaki tiruan dan dijual dengan harga yang lebih murah daripada produk asli iaitu RM18 sebotol dan asli RM32," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya lihat dari segi bungkusan tiada perbezaan ketara yang dapat dilihat pada produk tiruan itu namun warna bungkusannya sedikit pudar berbanding produk asli.

Katanya, pihaknya juga mendapati terdapat beberapa perbezaan ketara dari segi bau dan kepekatan produk berkenaan.

"Kita mendapati QR Code yang dilekat pada setiap botol juga berbeza selain pautan laman web yang ditulis juga tidak sama," katanya.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan produk kesihatan yang dijual murah di pasaran kerana ia hanya akan memberi kesan buruk kepada kesihatan pengguna.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua produk berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1,596 disita dan pihaknya akan menghantar sampel minuman itu kepada Jabatan Kimia Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!