Israel bakal adakan pilihan raya ketiga dalam tempoh setahun?

Pembacaan pertama rang undang-undang itu mendapat 50 undian sokongan di Knesset.
Pembacaan pertama rang undang-undang itu mendapat 50 undian sokongan di Knesset.
A
A
A

TEL AVIV - Parlimen Israel hari ini mengemukakan rang undang-undang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ketiga dalam tempoh 12 bulan selepas rundingan untuk membentuk kerajaan perpaduan terus berdepan kebuntuan.

Pembacaan awal rang undang-undang untuk membubarkan Knesset dan menetapkan tarikh 2 Mac untuk pilihan raya baharu itu mendapat 50 sokongan di Parlimen.

Ia bagaimanapun perlu melalui tiga lagi proses pembacaan dan undian sebelum diluluskan.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu perlu mencapai kesepakatan dengan pesaingnya, Benny Gantz sebelum jam 11.59 malam (waktu tempatan) selepas pemilihan kedua pada September lalu.

Kedua-duanya yang juga gagal memperoleh majoriti di Knesset saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain kerana gagal untuk berunding.

Pilihan raya baharu akan meningkatkan lagi tekanan kepada Netanyahu yang semakin hilang pengaruh terutamanya dalam Parti Likud pimpinannya akibat tuduhan skandal rasuah yang dihadapi beliau.

Netanyahu dan Gantz yang memimpin Parti Biru dan Putih dilaporkan ada berbincang tentang kerajaan perpaduan yang berpotensi, namun kedua-duanya gagal mencapai kesepakatan tentang siapa yang harus memimpin kerajaan baharu tersebut.

Bulan lalu, Gantz turut mendesak Netanyahu supaya meletak jawatan selepas beliau berdepan tuduhan rasuah.

Artikel Berkaitan:

Semalam, Netanyahu menggesa Gantz supay berhenti mengeluarkan kenyataan 'berbelit'.

"Selepas 80 hari. Sudah tiba masanya untuk satu hari untuk seluruh penduduk Israel. Kita duduk dan terlibat dalam perbincangan serius tentang penubuhan kerajaan perpaduan yang meluas. Masih belum terlambat," kata Netanyahu menerusi media sosial. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!