EU bincang pengiktirafan negara Palestin Januari depan

EU akan membincangkan tentang pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat bulan depan. - Foto: AFP
EU akan membincangkan tentang pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat bulan depan. - Foto: AFP
A
A
A

BRUSSELS - Menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) dijangka bertukar pandangan mengenai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara berdaulat bulan depan.

Ireland dan Luxembourg adalah antara negara anggota yang berusaha mengetengahkan isu tersebut di mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar blok itu di Brussels pada 20 Januari depan.

Ketua Polisi Luar EU, Josep Borrell berkata, diplomat tertinggi akan membincangkan sama ada EU mengubah polisi Timur Tengah berikutan keputusan Washington mengenai kesahihan jajahan Israel dan beberapa kebimbangan bahawa Amerika Syarikat (AS) boleh terus membuat keputusan dengan cara itu.

Borrell merujuk kepada kenyataan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo bulan lalu bahawa pembinaan penempatan di Tebing Barat yang diduduki tidak konsisten dengan undang-undang antarabangsa.

"Pengiktirafan bukanlah kecekapan EU. Ia adalah tanggungjawab setiap negara. Sebagai EU kami akan menyokong penyelesaian dua negara.

"Bulan depan kami akan menumpukan satu agenda bagi membincangkan situasi di Timur Tengah dan Proses Perdamaian Timur Tengah," kata Borrell. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!