Kucing, anjing ‘bersahabat’ mati diracun

Perkongsian D’Cat D’Hati kini tular di media sosial yang meraih 4,100 tanda marah serta 1,700 telah berkongsi kisah ini.
Perkongsian D’Cat D’Hati kini tular di media sosial yang meraih 4,100 tanda marah serta 1,700 telah berkongsi kisah ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Seekor kucing dan anjing jalanan ditemui mati akibat diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab mengundang kecaman netizen.

Kisah itu dikongsi oleh D’Cat D’Hati di Facebooknya yang memuat naik gambar mendakwa kedua-dua haiwan itu sentiasa bersama ketika masih hidup.

D’Cat D’Hati turut memuat naik status, “Mereka makhluk jalanan yang sentiasa bersama dan mereka juga dijumpa mati diracun bersama.

“Wahai makhluk ALLAH, jika kau berterbangan menjadi debu dan berjumpa Tuhanmu, ceritakan padaNya betapa kejam sesetengah manusia. Minta padaNya azab yang maha hebat untuk si pelaku di dunia dan akhirat,” tulisnya.

Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan yang dilakukan oleh individu yang dianggap zalim kerana sanggup meracun kedua binatang tersebut.
Antara reaksi netizen yang mengutuk tindakan yang dilakukan oleh individu yang dianggap zalim kerana sanggup meracun kedua binatang tersebut.

Perkongsian D’Cat D’Hati kini tular di media sosial yang meraih 4,100 tanda marah serta 1,700 telah berkongsi kisah berkenaan.

Netizen mengutuk tindakan individu yang dianggap zalim kerana sanggup meracun binatang tersebut.

“Ya ALLAH, kejam sungguh si pelaku ini, merampas nyawa sesuka hati. Sedarlah nyawa itu bukan hak mu wahai manusia yang zalim,” tulis Ruhani Adam di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Nini Sueni pula menulis, “Makhluk tuhan yang paling kejam ialah manusia. Sesetengah manusia. Manusia yang kejam pada binatang, selalunya dia akan kesusahan sentiasa dalam kehidupannya dan adakalanya keturunannya akan terima karma dari perbuatannya seperti cacat dan sebagainya."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!