Jakel buka cawangan ke-22 di Pulau Langkawi

Dr Mahathir (tengah) merasmikan Jakel Langkawi sambil diperhatikan oleh Mohamed Faroz (kanan).
Dr Mahathir (tengah) merasmikan Jakel Langkawi sambil diperhatikan oleh Mohamed Faroz (kanan).
A
A
A

LANGKAWI - Pusat gedung tekstil terkemuka, Jakel membuka cawangan yang ke-22 di Langkawi Fair, Kuah di sini yang dirasmikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, pembukaan cawangan itu adalah antara pencapaian terbaik Jakel yang mengekalkan momentum dalam mengemudi perniagaan dalam keadaan ekonomi sangat kompetitif kini.

Menurutnya, ia jelas menunjukkan Jakel sangat komited dalam meneruskan legasi perniagaan industri tekstil yang bertapak selama 35 tahun di Malaysia.

“Pembukaan Jakel itu memacu dan membantu membangunkan ekonomi Langkawi dengan menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar membeli-belah di Langkawi seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Mahathir (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian Jakel Langkawi pada Ahad lalu.
Dr Mahathir (tengah) memotong riben sebagai simbolik perasmian Jakel Langkawi pada Ahad lalu.

Beliau berkata, pembukaan Jakel terbaru itu membantu meringankan beban warga Langkawi untuk mendapatkan kain-kain Jakel dengan lebih mudah.

Mohamed Faroz berkata, lokasi yang sangat strategik iaitu di pusat membeli-belah di Pekan Kuah yang menjadi lokasi tumpuan pelancong antara faktor pembukaan cawangan ke-22 berkenaan.

“Harga di Jakel ini adalah 10 peratus lebih rendah berbanding dengan cawangan Jakel lain di Semenanjung kerana Langkawi adalah pulau bebas cukai.

Artikel Berkaitan:

“Sempena pembukaan cawangan baharu ini, Jakel Langkawi memberi tawaran istimewa separuh harga bagi barangan terpilih dan tawaran junaman harga besar-besaran sehingga 75 peratus buat semua warga Langkawi dan pelanggan sehingga 5 Januari 2020,” katanya.

Dr Mahathir (dua dari kiri) melihat fabrik yang dijual di Jakel Langkawi sambil dibantu Mohamed Faroz.
Dr Mahathir (dua dari kiri) melihat fabrik yang dijual di Jakel Langkawi sambil dibantu Mohamed Faroz.

Beliau berkata, Jakel Langkawi turut mengadakan Jualan Akhir Tahun Jakel seperti cawangan lain di seluruh negara.

Katanya, Kempen Jualan Akhir Tahun menghimpunkan koleksi kain-kain terbaru dan terkini serta mengikut cita rasa pelanggan.

Menurutnya, butik Galeri Ariani turut dibuka serentak dengan pembukaan Jakel Langkawi di Langkawi Fair.

“Selaku anak syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan Jakel, Galeri Ariani sentiasa inovatif dalam menghasilkan rekaan tudung dengan pemahaman lebih jelas dan baik mengenai pemilihan kain, warna, tema dan keselesaan tudung untuk disesuaikan dengan semua peringkat dan golongan.

“Sempena pembukaan rasmi ini, Galeri Ariani mengadakan jualan pembukaan yang menawarkan potongan tambahan sebanyak lima peratus daripada potongan bebas cukai sedia ada,” katanya.

Mohamed Faroz berkata, sebanyak 20 koleksi terbaru diperkenalkan sempena jualan pembukaan kali ini yang merangkumi koleksi selendang, satin square dan tudung instant polos serta bercorak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!