Pengundi di UK mengundi hari ini

Pusat mengundi di 650 kawasan di seluruh England, Wales, Scotland dan Ireland Utara dibuka pada jam 7 pagi (waktu tempatan). - Foto Agensi
Pusat mengundi di 650 kawasan di seluruh England, Wales, Scotland dan Ireland Utara dibuka pada jam 7 pagi (waktu tempatan). - Foto Agensi
A
A
A

LONDON - Penduduk di United Kingdom (UK) akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka untuk pilihan raya umum ketiga negara itu dalam masa kurang lima tahun hari ini.

Pemilihan itu adalah yang pertama kali diadakan pada bulan Disember dalam tempoh 100 tahun, selepas pilihan raya terakhir pada 2015 dan 2017 lalu.

Pusat mengundi di 650 kawasan di seluruh England, Wales, Scotland dan Ireland Utara dibuka pada jam 7 pagi (waktu tempatan).

Selepas pusat mengundi ditutup pada jam 10 malam, proses pengiraan akan dimulakan dan kebanyakan keputusan bakal diumumkanm awal pagi esok.

Seramai 650 Ahli Parlimen akan dipilih berpandukan sistem First Past The Post (FPTP) atau majoriti mudah yang digunakan untuk pilihan raya umum, di mana calon dengan undi paling banyak di setiap kawasan pemilihan bakal terpilih.

Pada 2017, Newcastle Central adalah kawasan pilihan raya pertama yang mengisytihar dan mengumumkan keputusan kira-kira sejam selepas pemilihan ditutup.

Secara tradisinya, Pilihan Raya Umum UK berlaku setiap empat atau lima tahun, namun Oktober lalu Ahli Parlimen mengundi untuk tinjauan pendapat kedua.

Pemilihan kali ini adalah yang pertama kali diadakan pada musim sejuk sejak tahun 1974 dan yang pertama berlaku pada bulan Disember sejak 1923. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!