10 maut kilang plastik terbakar di Bangladesh
DHAKA - Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan lebih 30 yang lain cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang plastik di Keraniganj, Bangladesh semalam.
Anggota bomba berjaya mengawal api di kilang Prime Pet and Plastic Industries pada jam 5.45 petang (waktu tempatan) kira-kira dua jam selepas kebakaran bermula.
Pegawai Kanan Balai Bomba Keraniganj, Md Saiful Islam berkata, pihaknya mengeluarkan satu mayat dari tempat kejadian.
Difahamkan, kebakaran mungkin tercetus dari dapur gas yang merebak dengan pantas selepas menyambar barang mudah terbakar yang digunakan untuk produk plastik.
Kilang tersebut menghasilkan dan mengeksport barangan pakai buang seperti pinggan dan cawan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!