6,130 unit perumahan awam dibangunkan di Perlis

Sidang DUN yang berlangsung di Kompleks DUN Perlis hari ini.
Sidang DUN yang berlangsung di Kompleks DUN Perlis hari ini.
A
A
A

KANGAR - Sebanyak 6,130 unit perumahan awam di negeri ini telah dibangunkan sehingga tahun ini.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Azizan Sulaiman (BN-Santan) berkata, jumlah ini merangkumi 3,136 unit rumah Rancangan Perumahan Awam (RPA), 1,356 unit rumah Perumahan Awam Kos Redah (PAKR), 1,428 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR), 150 unit Rumah Pangsa Kos Rendah Kuala Perlis dan 60 unit rumah Penempatan Semula Nelayan (PSN).

Menurutnya, kesemua rumah ini diselia oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis.

"Tawaran pengisian bagi program perumahan awam ini juga berbeza antara satu sama lain," katanya.

Azizan berkata, sebelum ini rumah RPA ditawarkan secara sewa beli dengan tempoh maksimum 30 tahun namun telah ditukar kepada kaedah jual beli.

"Bagi rumah PAKR dan PSN, ianya ditawar terus secara jual beli kepada pemohon yang layak manakala bagi PPR dan Rumah Pangsa Kos Rendah, kaedah penawaran pengisian adalah secara sewaan dengan kadar maksimum RM124 sebulan," katanya.

Azizan berkata demikian bagi menjawab soalan Mohd Ridzuan Hashim (Pas-Guar Sanji) berkaitan jumlah unit rumah perumahan awam di Perlis pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung di Kompleks DUN Perlis hari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!