Bomba melecur cuba padam kebakaran rumah

No Image Caption
A
A
A

MIRI – Seorang pekerja warga Indonesia melecur di badan serta tangan dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah serta kenderaan pacuan empat roda di Jalan Beluru Lapok, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, mangsa, Bomba Dullah,45, cedera setelah cuba memadamkan sendiri kebakaran sebelum terkena bahang api dalam kejadian jam 12.42 tengah malam itu.

“Mangsa ialah pekerja yang menghuni rumah tersebut, kebakaran telah memusnahkan rumah tersebut dan kenderaan pacuan empat roda,”katanya di sini hari ini.

Law berkata, rumah serta kenderaan pacuan empat roda tersebut dimiliki majikan mangsa Badi Bandak, 55, yang tiada di rumah pada masa kejadian.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk memadam kebakaran tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!