SPRM Kelantan cari Norshah bantu siasatan
Bantu siasatan kes SPRM
KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes SPRM.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, pihak SPRM Kelantan mendakwa lelaki bernama Norshah Abd Rahman, 45, dikesan beralamat terakhir PT 150 Taman Desa Rahmat Guchil Bayam, 15100, Kota Bharu.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Penolong Penguasa SPRM (Kelantan), Khairul Haffizul Mohamad Nawidi talian 09-7661800 atau 017-9517996 bagi membantu siasatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!