'Belilah cili dengan pakcik ini'
PARIT RAJA - Kegigihan seorang warga emas yang sanggup meredah kesejukan dengan menjual cili di sebuah pam stesen minyak di sini mengundang sebak warganet.
Perkongsian oleh Aiza Othman di laman Facebook itu memaparkan gambar warga emas yang dilihat berdiri untuk menarik pelanggan agar membeli barangan jualannya itu.
"Tadi pergi petronas nak bankin duit, terpandang seorang pakcik di tempat parkir motosikal, rasa kesian pula tengoknya. Waktu gerimis pun dia berdiri sambil pegang jualan cilinya, langsung tidak duduk.
"Macam dalam gambar itulah, hati tergerak nak beli cili walaupun kat rumah dah ada pokok cili. Saya bertanyakan harga sepaket cili tersebut dan harganya hanyalah RM4 ringgit sahaja
"Korang yang mana pernah lalu situ, sokonglah pakcik itu, kesian tengok dia berdiri lama-lama dekat situ. Tiada niat pun nak menunjuk sebab sedekah. Saya cuma nak kongsi supaya sokonglah pakcik itu," tulisnya.
Perkongsian Aiza kini tular di media sosial yang meraih 1,200 tanda suka.
"Saya pun ada membeli juga dekat pakcik itu. Masa itu dia berdiri dekat lampu isyarat dekat dengan sebelah balai polis. Kesian tengok dia berdiri lama-lama jual cili," kata Eyna Ewan di Facebook.
Man Balqis pula memberitahu "Sekurang-kurangnya dia ada usaha. Semoga dimurahkan rezeki pakcik itu tak kiralah dia kaya ke tak yang penting usaha adalah tangga kejayaan. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan panjang umurnya."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!