Ratusan peguam 'tunjuk samseng' serang hospital di Pakistan

Pertempuran turut tercetus antara kumpulan peguam terbabit dengan polis.
Pertempuran turut tercetus antara kumpulan peguam terbabit dengan polis.
A
A
A

LAHORE - Sekurang-kurangnya tiga pesakit terkorban apabila lebih 200 peguam bersenjatakan kayu lengkap dengan sut mereka bertindak menyerang sebuah hospital di Pakistan.

Rakaman video menunjukkan kumpulan peguam terbabit menyerbu Institut Kardiologi Punjab (PIC) di Lahore itu dan turut memukul staf serta merosakkan peralatan di premis tersebut ketika kejadian semalam.

Situasi panik menyebabkan doktor dan paramedik bersembunyi serta meninggalkan pesakit termasuk mereka di unit rawatan rapi (ICU).

Polis antirusuhan terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka dan lebih 20 turut ditahan serta kira-kira 250 yang lain didakwa dengan tuduhan keganasan dan serangan.

"Pihak berkuasa mengambil masa selama dua jam untuk meredakan kekacauan itu. Mereka juga menyerbu hostel jururawat dan merosakkan harta benda termasuk kereta yang diparkir di luar hospital," kata jurucakap polis.

Difahamkan, kumpulan peguam terbabit mengadakan protes sebagai membantah tindakan salah laku terhadap rakan mereka oleh kakitangan hospital terbabit pada bulan lalu. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!