Budak lelaki jadi hero ibu
CHONGQING - Seorang kanak-kanak lelaki dari bandar Chongqing, China dianggap hero kerana mempertahankan ibunya selepas mereka terlibat dalam satu kemalangan.
Rakaman kamera pengawasan dari sebuah persimpangan di daerah Dadukou pada 4 Disember lalu menunjukkan dua beranak itu berjalan di lintasan pejalan kaki sebelum dilanggar sebuah kenderaan jenis SUV.
Pelanggaran itu menyebabkan dua beranak terbabit tercampak.
Selepas memeriksa keadaan ibunya, kanak-kanak itu yang jelas berang, menendang kenderaan berkenaan yang berhenti sejurus kejadian itu dan memarahi pemandu terbabit sebelum kembali ke sisi ibunya.
Pemandu itu kemudian dilihat menolong pasangan ibu dan anak berkenaan menaiki kenderaannya.
Difahamkan kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan serius.
Menurut polis, insiden tersebut berpunca daripada kesalahan pemandu terbabit.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!