Restoran dikompaun, barangan disita

Antara barangan yang disita pada Operasi Tegas Siri 33/2019 sekitar Jalan Sri Permaisuri, Cheras di sini malam tadi.
Antara barangan yang disita pada Operasi Tegas Siri 33/2019 sekitar Jalan Sri Permaisuri, Cheras di sini malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga pemilik restoran dikompaun dan 11 barangan disita dalam Operasi Tegas Siri 33/2019 dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar Jalan Sri Permaisuri, Cheras di sini malam tadi.

Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Osman Ismail berkata, operasi itu melibatkan tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan penjaja tanpa lesen dan meletakkan peralatan perniagaan (kerusi/meja) di tempat awam.

Kerusi dan meja yang diletakkan di luar premis kedai disita.
Kerusi dan meja yang diletakkan di luar premis kedai disita.

"Sebanyak 11 tindakan sita pindah halangan dan kompaun kepada tiga restoran di bawah Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 dilaksanakan.

"Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan mengikut prosedur peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan pihak DBKL dan agensi terlibat. Barangan dan peralatan yang sita telah di hantar ke stor sitaan DBKL untuk proses dokumentasi," katanya.

Katanya, DBKL telah melaksanakan 1,655 tindakan sita dan pindah halangan sepanjang 33 siri Operasi Tegas yang dijalankan sejak awal tahun ini sehingga kini.

Anggota DBKL memecahkan halangan dipasang di ruang pejalan kaki pada Operasi Tegas Siri 33/2019.
Anggota DBKL memecahkan halangan dipasang di ruang pejalan kaki pada Operasi Tegas Siri 33/2019.

"Ia melibatkan sitaan terhadap 3,256 buah meja, 11,836 buah kerusi dan 1,203 lain-lain peralatan termasuklah gerai, tong gas dan khemah.

Artikel Berkaitan:

"DBKL akan meneruskan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu dari semasa ke semasa seperti yang telah dirancang sehingga penghujung tahun 2019 ini," katanya.

Operasi bermula jam 10 malam dan berakhir jam 2 pagi itu melibatkan anggota DBKL dari Jabatan Penguatkuasaan (JPK), Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) dengan kerjasama polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!