Ini masalahnya bila lantik orang tak layak: TMJ

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Arahan tidak profesional yang dikeluarkan menerusi notis rasmi salah satu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini mendapat perhatian pelbagai pihak.

Turut menyuarakan pandangan, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang melihat tindakan itu sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

Katanya, perkara seperti itu tidak akan berlaku sekiranya pihak bertanggungjawab melantik mereka yang benar-benar layak untuk memegang jawatan.

“Ini masalahnya apabila melantik orang secara suka-suka tanpa kajian. Sepatutnya mesti melalui proses peralihan dan memilih mereka yang benar-benar layak.

“Kerajaan juga mesti bekerjasama dengan pegawai daerah untuk membimbing mereka dalam menjalankan tugas dengan baik,” katanya menerusi lawan Twitternya malam tadi.

Sebelum ini, tular satu notis kepada penduduk Kampung Simpang dan rangkaian di Tanjung Sedili, Kota Tinggi yang tidak mahu memberi kerjasama dengan MPKK berkaitan maklumat keluarga akan dianggap sebagai bukan warganegara.

Menurut notis berkenaan sekiranya ada berlaku perkara yang tidak diingini pihak MPKK tidak akan bertanggungjawab ke atas penduduk kampung yang tidak mahu berkerjasama.

Notis dikeluarkan Ketua Kampung Simpang dan rangkaian, Zailani Doladi itu disahkan sendiri beliau dan memaklumkan ia dikeluarkan pada Disember 2018 kepada penduduk kampung berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tujuan notis itu adalah bagi meningkatkan mutu pentadbiran kampung disamping mahu melihat ke mana arah tuju pendidikan, soal keselamatan dan seandainya berlaku bencana alam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!