Harvey Norman buka cawangan baharu di Ipoh

Kenneth menyempurnakan gimik perasmian pembukaan pusat jualan Harvey Norman di Ipoh Parade, hari ini.
Kenneth menyempurnakan gimik perasmian pembukaan pusat jualan Harvey Norman di Ipoh Parade, hari ini.
A
A
A

IPOH - Harvey Norman terus mengukuhkan rangkaian perniagaannya di negara ini dengan pembukaan cawangan baharu di Ipoh.

Pusat jualan ke-22 Harvey Norman di Malaysia itu juga merupakan pertama di Perak dibuka di Ipoh Parade.

Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, pembukaan itu membuktikan penghargaan syarikat penyelesaian rumah dari Australia terbabit kepada pelanggannya di negeri ini.

Menurutnya, Perak menunjukkan prestasi jualan yang memberangsangkan apabila syarikat itu banyak melakukan penghantaran tempahan jualan ke negeri ini menerusi cawangannya di sekitar Lembah Klang.

"Jadi dengan pembukaan ini, pelanggan di Perak tidak lagi perlu datang jauh ke cawangan-cawangan kami yang lain.

"Ruang jualan besar yang disediakan di tingkat tiga Ipoh Parade ini menyediakan pelbagai barangan dengan kualiti dan harga yang sama sepertimana di Lembah Klang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan gedung jualan Harvey Norman di Ipoh Parade di sini hari ini.

Kenneth (tengah) bersama pengurusan Harvey Norman di pembukaan pusat jualan Harvey Norman di Ipoh Parade hari ini.
Kenneth (tengah) bersama pengurusan Harvey Norman di pembukaan pusat jualan Harvey Norman di Ipoh Parade hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Harvey Norman, Katie Page dan Pengarah Urusan Harvey Norman Asia, Tetsuya Kimura.

Artikel Berkaitan:

Kenneth berkata, pada kebiasaan cawangan lain, jualan atau sambutan akan meningkat dalam tempoh beberapa bulan, namun di Ipoh ia mula dikunjungi pelanggan sejak hari pertama dibuka akhir November lepas.

"Bagi menghargai sokongan pelanggan, kami menawarkan promosi dan harga runtuh pelbagai barangan termasuk barangan elektrik, komputer, kelengkapan bilik tidur dan perabot selama tiga hari sehingga 15 Disember ini," katanya.

Beliau berkata, sebagai pelan jangka panjang, pihaknya merancang untuk membuka 27 lagi cawangan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 50 premis.

Selepas Perak katanya, perasmian pembukaan cawangan ke-23 syarikat itu akan diadakan di Gedung Ikea Batu Kawan Januari depan, pusat jualan terbabit bagaimanapun telah dibuka kepada pengunjung semalam.

Kenneth menunjukkan antara tawaran produk yang dijual di pusat jualan Harvey Norman Ipoh Parade, hari ini.
Kenneth menunjukkan antara tawaran produk yang dijual di pusat jualan Harvey Norman Ipoh Parade, hari ini.

"Kami amat optimis dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang bukan sahaja mahukan barangan berkualiti, tetapi pada harga berpatutan.

"Kelebihan kami tentulah polisi perkhidmatan pelanggan selepas jualan yang mana pasukan kami akan menyelesaikan masalah sama ada membaiki, bayaran semula atau memberikan pertukaran barang bergantung pada kes,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!