Tiga remaja didakwa mencuri

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Tiga remaja lelaki didakwa mencuri di Mahkamah Majistret di sini, hari ini di sebuah rumah di Simpang Pertang, Jelebu, awal bulan ini.

Tertuduh berusia 14 hingga 15 tahun itu bagaimana pun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, remaja berusia 15 tahun itu didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Nokia dipercayai harta curi di Rumah Murah Simpang Pertang, pada 8 Disember 2019 jam 8 pagi.

Dua lagi remaja berusia 14 dan 15 tahun, didakwa mengambil beg berwarna hijau, satu telefon bimbit jenis Vivo, kad lesen vokasional, kad lesen memandu dan kad pengenalan dipercayai harta curi di lokasi, tarikh dan masa yang sama.

Tertuduh pertama didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, manakala dua tertuduh lagi didakwa mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman, manakala seorang remaja diwakili peguam Ardelliza Izmaryanti Shafie dan dua lagi diwakili Jayaprakash Rao.

Mahkamah kemudiannya membenarkan seorang remaja diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin, manakala dua lagi diikat jamin masing-masing RM1,500 dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Kes akan disebut semula pada 23 Januari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!