Tak mengaku simpan senapang patah

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki senapang patah dan peluru curi pada Ogos lalu di Simpang Pertang, Jelebu.

Tertuduh, M Surendran, 32, dan Chia Yit Fui, 45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mahyun Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama menyimpan selaras senapang patang jenis Benelli auto dan dua butir peluru dipercayai harta curi di Simpang Pertang pada 19 Ogos 2019 jam 6 pagi.

Tertuduh boleh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Jayaprakash Rao.

Terdahulu, Jayaprakash memohon mahkamah membenarkan ikat jamin paling minimum terhadap Surendran yang bekerja sebagai juru pendawaian elektrik dan Yit Fui seorang peniaga, berikutan mereka tidak mempunyai pendapatan tetap.

Mahkamah kemudiannya membenarkan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 23 Januari ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!