Israel sekat penganut Kristian dinafikan akses ke Baitulmaqdis, Baitulaham

Penganut Kristian Gaza dilarang melakukan perjalanan ke Baitulmaqdis sempena Krismas nanti. - Foto Agensi
Penganut Kristian Gaza dilarang melakukan perjalanan ke Baitulmaqdis sempena Krismas nanti. - Foto Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Tentera Israel melarang penganut Kristian dari Gaza melakukan perjalanan ke Baitulmaqdis dan Baitulaham sempena Krismas nanti.

Jurucakap tentera Israel berkata, sekatan perjalanan itu dibuat atas alasan keselamatan.

"Penganut Kristian tetap diberikan permit perjalanan setiap kali keluar dari Gaza tetapi mereka tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke wilayah yang diduduki atau Tebing Barat," katanya.

Tahun lalu, rejim Zionis meluluskan kira-kira 700 permit kepada penduduk Kristian Gaza untuk masuk ke Baitulmaqdis, Baitulaham dan daerah Nazareth serta beberapa tapak suci lain di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sempena sambutan Krismas. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!