Penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang rayu tangguh roboh rumah

Abu Bakar (dua dari kiri) meninjau keadaan rumah penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang yang telah dirobohkan Selasa lalu.
Abu Bakar (dua dari kiri) meninjau keadaan rumah penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang yang telah dirobohkan Selasa lalu.
A
A
A

KUANG - Penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang di sini merayu agar pemaju menangguhkan perobohan rumah mereka untuk memberi ruang kepada mereka membuat persiapan persekolahan anak-anak bagi sesi 2020.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya berkata, penduduk terlibat secara dasarnya akur dengan perintah mahkamah, namun meminta perkara tersebut dipertimbangkan.

"Secara keseluruhan, saya melihat penduduk setuju pindah, mereka tidak ingkar kepada peraturan dan undang-undang tetapi mereka minta sedikit ruang.

"Permintaan terakhir mereka untuk berjumpa dengan Pegawai Daerah dan Tanah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim dan pemaju untuk sedikit perbincangan serta penangguhan perobohan sementara menunggu anak-anak mulakan persekolahan," katanya.

Penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang berkumpul sewaktu lawatan Ibrahim semalam.
Penduduk Kampung Melayu Puncak Kundang berkumpul sewaktu lawatan Ibrahim semalam.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan di Kampung Melayu Puncak Kundang pada sesi lawatan semalam.

Abu Bakar bagaimanapun percaya, perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik dan berhemah, dalam masa sama berharap perkara sedemikian tidak memberi persepsi negatif kepada kepimpinan negara.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, peguam mewakili penduduk, Saleh Ahmad berkata, pihaknya cuba mendapatkan perintah mahkamah bagi memohon penangguhan perobohan pada 17 Disember ini.

Saleh
Saleh

"Pihak kami juga sudah memulakan tindakan ke atas pihak berkenaan berkaitan tuntutan pertikaian tanah yang didaftarkan di bawah nama pemaju pada 2002, sedangkan penerokaan tanah oleh penduduk telah dibuat lebih awal dari tarikh itu.

"Tanah itu dahulunya dimiliki oleh kerajaan dan peneroka tidak dimaklumkan tanah itu telah dimiliki pemaju. Penduduk juga dakwa tanah itu tiada pemilikan pada pelan besar sewaktu meneroka tanah itu. Perkara itu akan dibawa ke mahkamah untuk diputuskan," katanya.

Ibrahim memberikan kata semangat dan cadangan penyelesaian kepada penduduk terlibat.
Ibrahim memberikan kata semangat dan cadangan penyelesaian kepada penduduk terlibat.

Turut hadir bertemu penduduk hari ini adalah Presiden Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali.

Perobohan rumah di Kampung Melayu Puncak Kundang mula menjadi perhatian umum selepas tular di media sosial apabila sekurang-kurangnya 15 daripada 67 rumah telah dirobohkan oleh pemaju atas perintah mahkamah Selasa lalu.

Hasil pertemuan antara wakil penduduk dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Sallehudin Amiruddin semalam, kerajaan negeri menawarkan Rumah Selangorku kepada penduduk terlibat sebagai salah satu langkah penyelesaian.

ARTIKEL BERKAITAN 'Di mana kami nak tidur malam ni...'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!