Sesak nafas rumah terbakar

Anggota bomba melakukan pemeriksaan lanjut selepas api yang memusnahnya hampir keseluruhan rumah berjaya dipadamkan sepenuhnya. - Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba melakukan pemeriksaan lanjut selepas api yang memusnahnya hampir keseluruhan rumah berjaya dipadamkan sepenuhnya. - Foto Ihsan Bomba
A
A
A

KUANTAN - Dua penghuni mengalami sesak nafas akibat terhidu asap selepas rumah mereka di Perumahan Panching, Jalan Sungai Lembing di sini terbakar petang semalam.

Salah seorang mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba sebelum kedua-duanya dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran berlaku pada jam 7.36 petang itu mengakibatkan rumah berkenaan musnah hampir sepenuhnya.

Menurutnya, 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Indera Mahkota termasuk pegawai dan anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Lembing bergegas ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan.

"Operasi melibatkan empat jentera termasuk dua jentera Fire Rescue Tander (FRT), sebuah jentera water tanker dan jentera EMRS.

"Jentera pertama tiba ke lokasi kebakaran jam 7.59 petang dan menggerakkan operasi pemadaman menggunakan tiga aliran hos dan dua salur bantu mula sebelum api berjaya dipadamkan," katanya melalui satu kenyataan di sini semalam.

Nor Hisham berkata, punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!