Zuraida bagai 'kacang lupakan kulit'

Muhd Hafiz, Zuraida
Muhd Hafiz, Zuraida
A
A
A

KOTA BHARU - Kepimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Kelantan mengecam tindakan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang disifatkan sebagai kacang lupakan kulit kerana mengeluarkan kenyataan menghentam pemimpin parti sendiri.

Ketuanya, Muhd Hafiz Muhd Kasasi berkata, Zuraida tidak sepatutnya mengambil kesempatan menghentam pemimpin parti pada Majlis Makan Malam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

"Ucapan itu menyebabkan anggota parti semakin tidak menghormati beliau sebagai seorang pemimpin.

"Berdasarkan apa yang berlaku, beliau tidak perlu tunggu untuk dipecat malah kalau sudah tidak sehaluan lagi beliau dengan sendirinya boleh meletak jawatan sama ada sebagai pemimpin parti atau menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, rakyat sudah muak dengan sikap sesetengah pemimpin yang taksub berpolitik malah golongan muda juga bijak menilai pemimpin yang bekerja untuk membantu rakyat.

"Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR 2019 yang berlangsung di Melaka baru-baru ini telah pun menekankan pimpinan parti di pelbagai peringkat mengutamakan agenda rakyat demi kelangsungan bagi merapatkan pimpinan parti.

"Kami memohon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil tindakan segera untuk diadukan kepada pihak Lembaga Disiplin Parti demi kelangsungan parti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Anwar perlu masa untuk bertenang, kata Zuraida

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!