Kucing pun kena Ovarian Cyst

Paparan Facebook DakuCing Ku tular di laman sosial.
Paparan Facebook DakuCing Ku tular di laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Satu klip video mengenai seekor kucing jalanan yang menghidapi Ovarian Cyst mendapat perhatian netizen.

Klip video yang dimuat naik di Facebook DakuCing Ku itu turut memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan kucing.

Pentadbir Facebook turut berkongsi maklumat bahawa haiwan itu pada awalnya tidak dihiraukan tetapi bernasib baik apabila bertemu individu yang bermurah hati membawanya ke klinik.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dinyatakan dan kini kucing bernama Miracle itu sedang menjalani fasa pemulihan.

Pembedahan ke atasnya berjaya mengeluarkan cyst sebanyak 200 beg yang bersamaan dengan 5 liter.

Doktor dan petugas di klinik berkenaan telah mengambil gambar Miracle sebelum dan selepas untuk berkongsi kepada orang ramai mengenai keadaan si comel itu.

Satu lagi video berdurasi 2 minit 53 saat turut dimuat naik memaparkan keadaan Miracle yang semakin pulih dan sehingga kini video itu sudah mencecah 171,962 tontonan

Kata Cik Ain, "MasyaALLAH, moga kucing ni kembali sihat dan moga bertambah bilangan manusia yang baik hati kepada binatang."

Artikel Berkaitan:

Balqis Khan berkata, "Kucing pun boleh kena ovarian cyst... kesian sangat."

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!