[VIDEO] Budak beri tanda hormat selepas melintas di lintasan zebra
BEIJING - Tindakan seorang kanak-kanak menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada pengguna jalan raya setelah memberi laluan kepadanya dan keluarga melintas jalan mencuri perhatian ramai.
Manakan tidak, sikap saling hormat-menghormati dan budi baik ditonjolkan itu membuatkan netizen berasa kagum.
Video berdurasi 35 saat dirakam melalui 'dashcam' memaparkan nilai positif yang wajar dijadikan contoh oleh masyarakat pada masa kini.
Kanak-kanak berkenaan diiringi oleh dua dewasa dipercayai ibu bapanya, ketika melintas jalan sebelum menunjukkan aksi yang cukup membanggakan.
Video meraih 18,400 tontonan itu menunjukkan kanak-kanak itu dilihat menundukkan badannya ke arah kereta yang berhenti untuk memberi laluan kepadanya dan orang ramai melintas di lintasan zebra atau lintasan pejalan kaki.
Ketika beberapa langkah di hadapan, kanak-kanak tersebut berpusing ke arah kereta dan terus menundukkan badannya.
Reaksi spontan yang dipamerkan oleh kanak-kanak itu juga simbolik ucapan terima kasih kepada para pemandu.
Tersentuh dengan reaksi itu, pemandu kereta dikenali Mr Huang telah memuat naik video itu di laman sosial dan tular.
Netizen @mpidiong berkata, "Menghormati dan anda akan dihormati, perasaan itu harus sentiasa bersama." ciapnya.
Little girl bows to driver who stopped to let her cross the street pic.twitter.com/Va8CZNkXiq
— CGTN (@CGTNOfficial) December 12, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!