Sukan rakyat jadi antara produk utama pelancongan NS

Antara aksi pemain bola sepak sawah dari pasukan pilihan Pejabat Menteri Besar dengan Pejabat Daerah Kuala Pilah.
Antara aksi pemain bola sepak sawah dari pasukan pilihan Pejabat Menteri Besar dengan Pejabat Daerah Kuala Pilah.
A
A
A

KUALA PILAH - Sukan rakyat seperti bola sepak dalam sawah akan menjadi antara produk pelancongan utama di Negeri Sembilan dalam usaha menarik pelancong ke negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sukan tradisional itu begitu sinonim dengan negeri ini selain aktiviti mengoca atau menangkap ikan menggunakan tangan.

"Kita dapat memperkenalkan budaya masyarakat negeri ini kepada generasi baharu serta pengunjung dari dalam dan luar negara selain memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menjana pendapatan melalui program pelancongan ini," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Pesta Bola Ngoca di Empang Bangkung, Juasseh hari ini.

Aminuddin juga percaya program tersebut mampu melonjakkan kembali martabat sukan tradisional itu yang popular satu ketika dahulu dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan.

Aminuddin (enam kiri) ketika merasmikan Pesta Bola Ngoca di Kuala Pilah, hari ini.
Aminuddin (enam kiri) ketika merasmikan Pesta Bola Ngoca di Kuala Pilah, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 128 pasukan menyertai perlawanan bola sepak sawah manakala lebih 30 pasukan adalah dari luar Negeri Sembilan.

Pesta Bola Ngoca 2019 anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Turut diadakan ialah pertandingan panjat tiang licin dan menangkap itik dalam sawah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!