Bomba bantu penduduk terperangkap banjir
JOHOR BAHRU - Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa memindahkan empat mangsa banjir dari Kampung Sungai Rambai Renggam di sini termasuk seorang kanak-kanak dengan menggunakan lori berikutan paras air naik mendadak petang ini.
Kesemua mereka kemudiannya di bawa ke pusat pemindahan sementara ( PPS) SK Sri Kencana.
Pasukan bomba Mersing pula membantu memindahkan tiga sekeluarga yang terperangkap di Kampung Kurnia kerana kawasan rumah dinaiki air.
Mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Air Tawar Endau.