Rumah panjang terbakar, 90 penghuni hilang tempat tinggal
SIBU - Kira-kira 90 penghuni rumah panjang di Jalan Teku-Pasai Siong dekat sini hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kebakaran itu memusnahkan 10 daripada 12 pintu Rumah Panjang Julau itu.
Menurutnya, panggilan kebakaran itu diterima jam 10.52 pagi dan pasukan bomba dari Balai Bomba Sungai Merah serta Balai Bomba Sibu telah dikejarkan ke lokasi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran tersebut sedang disiasat.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!