Polis tumpas kes pecah rumah, curi gajet di Kuantan

Othman menunjukkan barang kes yang dirampas pada sidang media terbabit, sekaligus menyelesaikan 20 kes pecah rumah di sekitar Beserah dan Balok di IPK hari ini.
Othman menunjukkan barang kes yang dirampas pada sidang media terbabit, sekaligus menyelesaikan 20 kes pecah rumah di sekitar Beserah dan Balok di IPK hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Dalang kes curi peralatan elektronik seperti komputer riba, telefon bimbit dan jam tangan yang aktif sejak Jun tahun lalu, di sekitar Beserah dan Balok, di sini, akhirnya tumpas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang (IPK) Senior Asisten Komisioner Datuk Othman Nanyan berkata, lelaki berusia 27 tahun ditahan, antara individu yang menjalankan kegiatan pecah rumah dengan mencuri gajet yang senang di bawa dan mudah dilupuskan.

Menurutnya, penahanan lelaki itu, mendorong kejayaan polis menahan 11 lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah di kawasan terbabit.

“Lelaki berusia 27 tahun adalah suspek utama, manakala 10 suspek lain merupakan pembeli dan penjual peralatan curi tersebut.

"Salah seorang daripada mereka adalah teman wanita suspek sendiri yang bertindak sebagai orang tengah menjual barangan curi tersebut kepada pihak ketiga.

"Polis dapat menahan semua suspek dan akhirnya berjaya selesaikan 20 kes curi di sekitar Balok dan Beserah sejak Jun hingga Disember 2018 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar di IPK hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak polis membuat tangkapan kesemua suspek pada 15 Disember hingga 31 Disember lalu.

Artikel Berkaitan:

"Suspek utama mempunyai rekod jenayah lampau yang terlibat dalam penagihan dadah tidak mempunyai pekerjaan.

"Antara barang kes yang telah rampas ialan 13 unit komputer riba, 22 unit telefon bimbit , satu tablet dan dua jam tangan yang dianggarkan bernilai RM45,000,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!