Jong-un lawat China
BEIJING - CHINA . Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengadakan lawatan selama empat hari ke China atas jemputan Presiden China, Xi Jinping, beberapa hari selepas beliau memberi amaran akan mengambil jalan alternatif jika Amerika Syarikat (AS) tidak mengurangkan sekatan dan tekanan ke atas Pyongyang.
Kunjungan itu turut disahkan media kedua-dua negara yang dijangka membawa kepada sidang kemuncak keempat bersama Jinping.
Agensi berita KCNA melaporkan Jong-un menaiki kereta api peribadi pada tengah hari semalam dan turut ditemani isterinya, Ri Sol Ju bersama pegawai kanan Pyongyang termasuk perunding utama, Kim Yong Chol dan Ri Yong Ho.
Sementara itu, Kementerian Luar Korea Selatan memaklumkan ia mengetahui tentang rancangan lawatan itu dan berharap kedua-dua pemimpin terbabit akan mencapai 'matlamat strategik' mencapai keamanan dan proses nyahnuklear di Semenanjung Korea. - Reuters
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!