Donat 10 sen di Kuala Krai

harga yang sangat murah itu antara faktor Ghazali tidak menang tangan menerima tempahan pada kuantiti yang banyak untuk jamuan atau kenduri.
harga yang sangat murah itu antara faktor Ghazali tidak menang tangan menerima tempahan pada kuantiti yang banyak untuk jamuan atau kenduri.
A
A
A

KUALA KRAI - Kenaikan harga barang tidak menjadi alasan kepada seorang peniaga donat di Kampung Chuchoh Puteri A, untuk menjual hanya pada harga 10 sen.

Bekas cef di sebuah hotel terkemuka di Kuantan, Ghazali Othman berkata, dia tidak mengambil keuntungan berganda sebaliknya mahu air tangannya dapat dinikmati semua peringkat umur.

Katanya dia mula mengusahakan perniagaan kuih-muih sejak dua tahun lalu selepas mengambil keputusan menetap di kampung untuk menjaga ibu bapa mertua yang sudah uzur.

"Saya bekerja sebagai cef selama tujuh tahun dan hasil jualan kuih-muih ini dapat menampung perbelanjaan keluarga," katanya.

Selain bergula, Ghazali turut menjual donat celup cairan coklat pada harga 30 sen.
Selain bergula, Ghazali turut menjual donat celup cairan coklat pada harga 30 sen.

Menurutnya, idea untuk menghasilkan kuih itu bermula dari seorang rakan selepas mengadu jualan kuih-muihnya sebelum ini merosot kerana persaingan peniaga lain.

"Dia mencadangkan saya menghasilkan mini donat pada harga 10 sen untuk menarik minat pelanggan. Alhamdulillah, walaupun untung tak banyak tapi jualan sentiasa memberangsangkan," katanya.

Tambah Ghazali, donat comel yang dihasilkan dengan pelbagai warna mampu menarik perhatian pembeli terutama kanak-kanak.

Artikel Berkaitan:

"Kanak-kanak biasanya tidak mempunyai wang yang banyak tetapi sentiasa ada syiling. Jadi mereka mampu makan pada harga 10 sen," katanya.

Donat comel yang dihasilkan dengan pelbagai warna mampu menarik perhatian pembeli terutama kanak-kanak.
Donat comel yang dihasilkan dengan pelbagai warna mampu menarik perhatian pembeli terutama kanak-kanak.

Selain itu, peniaga berusia 46 tahun ini memberitahu, harga yang sangat murah itu antara faktor dia tidak menang tangan menerima tempahan pada kuantiti yang banyak untuk jamuan atau kenduri.

"Setiap satu kilogram gandum, saya mampu menghasilkan 180 biji donat mini. Selain bergula, saya turut menjual donat celup cairan coklat pada harga 30 sen," katanya.

Di sebalik kegigihannya mencari rezeki, bapa kepada lima cahaya mata itu juga menghidap komplikasi penyakit jantung kronik, kencing manis dan darah tinggi.

Katanya, keadaan kesihatan yang kurang baik itu menyebabkan dia tidak mampu untuk bekerja berat dan turut mengharapkan bantuan anak dan isteri, Ros Hasnida Che Ibrahim, 40, untuk menghasilkan membuat kuih-muih.

"Selain donat, kami turut menghasilkan lebih 20 jenis kuih-muih tradisional seperti akok, bengkang, kuih peria, seri ayu, karipap, sardin gulung, kuih lapis dan koci dengan harga RM1 untuk tiga biji kuih.

"Saya menjual di gerai hadapan rumah dan ada sebahagian dihantar ke warung berdekatan. Di gerai juga saya menjual ayam goreng dan pizza pada harga RM1," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!