KADA teliti kerosakan dialami petani akibat banjir

Sebahagian daripada 200 penerima sumbangan yang disampaikan Yapiem dengan kerjasama KADA.
Sebahagian daripada 200 penerima sumbangan yang disampaikan Yapiem dengan kerjasama KADA.
A
A
A

PASIR MAS - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sedang mengumpul maklumat berhubung kerosakan yang dialami para petani akibat banjir gelombang pertama baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, bagaimanapun pihaknya menjangkakan tiada kerosakan teruk dialami para petani sepanjang tempoh berkenaan.

“Kebanyakan pesawah sudah menuai hasil tanaman mereka sebelum tibanya musim banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bank Makanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) bersama KADA di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yapiem, Rohana Kamarudin.

Menurutnya, kebiasaan kerja-kerja penanaman padi untuk musim baharu akan bermula selepas tamat musim tengkujuh.

Husam berkata, sekiranya terdapat kerosakan yang dialami para pesawah pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani untuk tindakan lanjut.

Katanya, kementerian mempunyai peruntukan untuk bantuan musim kemarau dan tengkujuh untuk diagihkan kepada para petani terlibat.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai bantuan itu Husam berkata, ia adalah kerjasama strategik antara KADA dengan Yapiem.

Katanya, bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban golongan petani yang terlibat dengan banjir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!