Remaja lelaki ditemukan lemas

Pasukan bomba berjaya menemukan remaja lelaki dipercayai lemas. Foto: JBPM
Pasukan bomba berjaya menemukan remaja lelaki dipercayai lemas. Foto: JBPM
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang pelajar tingkatan dua ditemui lemas di pantai berhampiran sebuah hotel di Batu 4 1/2 Jalan Pantai di Port Dickson hari ini.

Mangsa, Azmier Azhar, 14, dari Petaling Jaya, Selangor, dikatakan pergi ke kawasan perkelahan itu bersama keluarga sebelum disedari hilang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari.

Katanya, dua jentera bersama empat pegawai dan 11 anggota termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson dikejarkan ke lokasi.

Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemui remaja lelaki dipercayai lemas di Jalan Pantai Port Dickson hari ini. Foto: JBPM
Pasukan bomba dan penyelamat berjaya menemui remaja lelaki dipercayai lemas di Jalan Pantai Port Dickson hari ini. Foto: JBPM

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kita dimaklumkan terdapat seorang remaja lelaki hilang dipercayai lemas semasa mandi di pantai itu.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan di kawasan mangsa dilaporkan hilang. Kami menemui mangsa pada jam 1.35 tengah hari kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Kamal berkata, pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Port Dickson dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!