Dr Maszlee dukung OKU pindah ke pusat pemindahan banjir
SIMPANG RENGGAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik membantu mangsa banjir yang juga orang kurang upaya (OKU) berpindah ke pusat pemindahan di Kampung Melayu Bukit Nyamuk dekat sini hari ini.
Gadis OKU berusia 23 tahun bernama Icha itu tinggal bersama kedua ibu bapanya yang sudah tua di sebuah rumah terpencil di kampung berkenaan.
Maszlee berkata, beliau menemui rumah tersebut yang dinaiki air banjir dan hasil pemeriksaan mendapati rumah itu didiami tiga beranak terbabit.
"Dengan hujan yang tidak langsung berhenti dari pagi sampai tengahari, saya fikir lebih elok kiranya kami terus membantu memindahkan mereka bertiga ke pusat pemindahan.
"Tambahan pula, tiada siapa yang boleh mengangkat Icha. Ibu bapanya tidak lagi kuat.
"Kami kosongkan kereta dan muatkan keluarga tersebut. Kemudian terus bergerak ke pusat pemindahan banjir di Masjid Kampung Melayu Bukit Nyamuk," katanya dalam status di akaun Facebook miliknya hari ini.
Maszlee yang juga Menteri Pendidikan turut mendoakan keselamatan dan kebajikan mangsa lebih terjaga ketika berada di pusat pemindahan.
Menggunakan tanda pagar #simpangrenggamdihatiku, satu video berurasi 35 saat dimuat naik di status sama yang menunjukkan Maszlee mengangkat gadis OKU itu ke dalam kereta untuk dibawa ke pusat pemindahan tersebut.
Kami temui sebuah rumah yang terpencil dan sudah dinaiki air di Kg Melayu Bukit Nyamuk, Simpang Renggam. Bila diperiksa, ada anak OKU yang tinggal di situ bersama ibubapanya yang sudah tua. Namanya Icha. Usianya kini 23 tahun. Dengan hujan yang tidak langsung berhenti dari pagi sampai tengahari, saya fikir lebih elok kiranya kami terus membantu memindahkan mereka bertiga ke pusat pemindahan. Tambahan pula, tiada siapa yang boleh mengangkat Icha. Ibu bapanya tidak lagi kuat. Kami kosongkan kereta dan muatkan keluarga tersebut. Kemudian terus bergerak ke pusat pemindahan banjir di Masjid Kg Melayu Bukit Nyamuk. Semoga keselamatan dan kebajikan mangsa lebih terjaga ketika berada di sana. #simpangrenggamdihatiku
Posted by Dr Maszlee Malik on Saturday, December 14, 2019
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!