Gempa kuat 6.8 magnitud gegar selatan Filipina
MANILA - Selatan Filipina digegarkan dengan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud hari ini namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berpusat kira-kira 16 kilometer di barat daya Davao di pulau Mindanao pada kedalaman 28.2 kilometer.
Sehingga kini, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan bangunan dilaporkan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!