Tangan 'koyak' terkena cermin akuarium
KERAMAT - Seorang lelaki luka di tangan lebih 7 sentimeter akibat terhiris cermin akuarium yang pecah di rumahnya di Jalan Buku Lima di sini hari ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, biliknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 12.47 tengah hari memaklumkan kejadian melibatkan mangsa yang bertugas sebagai anggota tentera.
Menurutnya, mangsa dikatakan sedang mengemas rumah termasuk cuba mengalihkan akuarium tersebut sebelum jatuh dan pecah.
"Tangan mangsa yang mengalami pendarahan berterusan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
"Mangsa juga dalam keadaan stabil dan tidak mengalami kecederaan di bahagian lain," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!